Kekejaman Di Sudan Mungkin Termasuk Jenayah Perang & Kemanusiaan – ICC

THE HAGUE: Pejabat Pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) memberi amaran kekejaman yang berlaku di bandar El-Fasher, Sudan, mungkin tergolong sebagai jenayah perang dan kemanusiaan.

Dalam satu kenyataan, Pejabat Pendakwa (OTP) menyatakan kebimbangan terhadap laporan mengenai pembunuhan beramai-ramai, rogol dan pelbagai kekejaman lain yang didakwa berlaku selepas bandar itu dikuasai oleh kumpulan separa tentera Rapid Support Forces (RSF).

Selepas 18 bulan kepungan, pengeboman dan kebuluran, RSF merampas El-Fasher pada 26 Oktober, menyingkirkan tentera Sudan daripada kubu terakhir mereka di wilayah barat Darfur.

“Kekejaman ini adalah sebahagian daripada corak keganasan yang lebih luas yang melanda seluruh wilayah Darfur sejak April 2023,” menurut kenyataan OTP.

“Jika disahkan, tindakan itu mungkin merupakan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan mengikut Statut Rom, teks penubuhan ICC.” tambahnya.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih 65,000 penduduk telah melarikan diri dari El-Fasher, termasuk kira-kira 5,000 ke kawasan berhampiran Tawila, namun puluhan ribu lagi masih terperangkap.

Sebelum serangan terakhir, bandar itu mempunyai kira-kira 260,000 penduduk, tetapi sejak pengambilalihan oleh RSF, muncul laporan mengenai pembunuhan, keganasan seksual, rompakan, serangan terhadap pekerja bantuan kemanusiaan dan penculikan. – AFP

Sumber: Buletin Tv3

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Berhati-hati Guna Istilah Agama Untuk Tujuan Perniagaan – Mufti

Next Post

MFW Perlu Tarik Balik Label dan Promosi ‘Muslim Choice’ – Menteri Agama

Related Posts