Agong Tunaikan Bayaran Zakat Sebanyak RM10 Juta Tahun Ini

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menunaikan bayaran zakat berjumlah RM10 juta bagi tahun ini. Perkara tersebut dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi baginda, hari ini.

Baginda turut memuatnaik beberapa keping gambar ketika baginda melafazkan pembayaran zakat harta. Cek zakat tersebut diserahkan oleh Seri Paduka Baginda kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Hasrin Kamal Hashim.

Ia turut disaksikan oleh Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad serta Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Nasri Md Ali di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, hari ini.

Sumber: MalaysiaGazette

#islamhidupku

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Umat Islam Perlu Ambil Berat Tunaikan Zakat Fitrah -Sultan Pahang

Next Post

Wanita Dan Sepuluh Hari Terakhir Ramadan

Related Posts