Trend kesihatan mental golongan muda meningkat setiap tahun

Trend kesihatan mental golongan muda meningkat setiap tahun
Trend masalah kesihatan mental dalam kalangan golongan muda di Malaysia dilihat meningkat setiap tahun, menurut Pegawai Psikologi Pusat Kebolehpasaran Graduan dan Kerjaya Universiti Malaya (UM), Farhana Nabila. Berdasarkan kajian pada 2025, hampir 30 peratus remaja di Malaysia mengalami masalah kesihatan mental, khususnya kemurungan. Walaupun terdapat perkembangan positif apabila ramai mula sedar dan mendapatkan bantuan, sebahagian masih memilih untuk memendam kerana stigma daripada persekitaran mereka.
Faktor yang mempengaruhi kesihatan mental golongan muda adalah pelbagai dan bergantung kepada individu, termasuk masalah kewangan, akademik, hubungan, keluarga dan persekitaran sosial. Farhana menegaskan bahawa setiap individu merasai bebanan yang berbeza, jadi tidak boleh menganggap satu isu lebih besar daripada yang lain. Sebagai kaunselor berdaftar di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM), beliau menyediakan sokongan melalui sesi kaunseling dan komunikasi bersama individu yang mendapatkan bantuan.
Beliau juga menekankan kepentingan majikan memahami isu kesihatan mental dalam kalangan pekerja, terutamanya golongan muda dan graduan baharu. Jika tidak dikawal, ia boleh membawa kesan buruk kepada individu tersebut.
.
𝗦𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿:
https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/trend-kesihatan-mental-golongan-muda-meningkat-setiap-tahun/
Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Makanan rebus rahsia kekal sihat - Tok Saimah

Makanan rebus rahsia kekal sihat – Tok Saimah

Next Post
Buli: Naratif sekolah sebagai tempat selamat kian terhakis

Kerana buli, sekolah kini tidak selamat?

Related Posts