Israel Tidak Akan Tunjuk Belas Kasihan Pada Musuhnya – Duta Israel

GAZA: Duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan dalam satu mesej video yang dikeluarkan pada Selasa (18 Mac) bahawa rejim itu “tidak akan menunjukkan belas kasihan” kepada musuhnya susulan penyambungan semula tindakan ketenteraannya di Gaza.

Bercakap dari lokasi yang tidak didedahkan, Duta Danny Danon mengesahkan bahawa tentera Israel melancarkan serangan terhadap sasaran Hamas di dalam wilayah tersebut.

Serangan udara Israel di Gaza mengorbankan lebih 340 orang selepas serangan awal pada Selasa mengenai puluhan sasaran, menamatkan kebuntuan selama beberapa minggu berhubung usaha memanjangkan gencatan senjata yang menghentikan pertempuran sejak Januari.

Kumpulan pejuang Palestin, Hamas, mengeluarkan kenyataan menuduh Israel melanggar gencatan senjata.

Serangan dilaporkan berlaku di pelbagai lokasi termasuk utara Gaza, Gaza City, Deir al-Balah, serta Khan Younis dan Rafah di bahagian tengah dan selatan Semenanjung Gaza. Pegawai Kementerian Kesihatan Palestin menyatakan bahawa ramai daripada mangsa yang terbunuh adalah kanak-kanak.

Tentera Israel, yang mengesahkan serangan terhadap puluhan sasaran, menyatakan bahawa serangan akan berterusan selagi diperlukan dan akan diperluaskan melebihi serangan udara, meningkatkan kemungkinan tentera darat Israel akan menyambung semula pertempuran. – REUTERS

#islamhidupku

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel Langgar Perjanjian Gencatan Senjata, Lancar Serangan Selepas Berunding Dengan AS

Next Post

Qatar Gesa Tindakan Antarabangsa Tekan Israel Patuh Gencatan Senjata

Related Posts