Ribut Petir, Hujan Lebat Dijangka Landa Beberapa Negeri Hingga Tengah Hari Ini

KUALA LUMPUR – Ribut petir disertai hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, dan Sabah hingga 12 tengah hari pada Rabu.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang dikeluarkan pada 8.30 pagi, kawasan dijangka terjejas di Kedah ialah Langkawi, Yan, Kuala Muda, Baling, dan Kulim, manakala di Pulau Pinang melibatkan Seberang Perai Utara serta Seberang Perai Tengah.

Di Selangor, cuaca buruk diramal berlaku di Klang, Kuala Langat, dan Sepang, sementara di Negeri Sembilan meliputi Seremban, Port Dickson, dan Rembau.

Bagi Melaka, kawasan terlibat ialah Alor Gajah dan Melaka Tengah, manakala di Sabah melibatkan Tawau, Sandakan, dan Kinabatangan.

Orang awam diingatkan sentiasa berwaspada kerana hujan lebat dan angin kencang berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan di kawasan terjejas. – Bernama

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Banjir Perak, Kedah: 1,514 Mangsa Masih Berlindung Di PPS

Next Post

“Semak Tawaran Haji Dengan TH, Jangan Jadi Mangsa Penipuan” – Mohd Na’im

Related Posts