29 April Ditetapkan Tarikh Akhir Kepulangan Jemaah Umrah

JEDDAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menetapkan Ahad ini (13 April) sebagai tarikh akhir kemasukan jemaah umrah ke negara itu, manakala 29 April pula sebagai tarikh akhir untuk mereka meninggalkan Arab Saudi bagi memberi laluan kepada musim haji akan datang.

Kementerian itu menegaskan bahawa mana-mana individu yang tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan akan dikenakan tindakan undang-undang mengikut peraturan yang ditetapkan, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Kementerian turut meminta orang ramai serta syarikat dan institusi yang menguruskan jemaah umrah untuk mematuhi segala peraturan berkaitan.

Pihak kementerian menegaskan bahawa sebarang pelanggaran akan dianggap sebagai kesalahan, dan kegagalan sesebuah syarikat melaporkan kelewatan kepulangan jemaah boleh mengakibatkan denda sehingga 100,000 riyal Saudi, selain tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab. – BERNAMA-SPA

Sumber: Berita Harian

#islamhidupku

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Teruskan Qunut Nazilah & Solat Hajat untuk Palestin – DUPP

Next Post

Umat Islam Perlu Terus Sokong Perjuangan Rakyat Palestin – PUM

Related Posts