Sultan Ibrahim Berkenan Tunai Zakat RM10 Juta Bagi Tahun Ini

JOHOR BAHRU – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menunaikan bayaran zakat berjumlah RM10 juta bagi tahun ini.

Perkara berkenaan dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi Seri Paduka Baginda hari ini.

Menerusi hantaran berkenaan, turut dimuat naik beberapa keping gambar ketika Seri Paduka Baginda melafazkan pembayaran zakat harta.

Cek zakat diserahkan oleh Seri Paduka Baginda kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Mohd Radzi Mohd Amin di Istana Pelangi, di sini.

Penyerahan disaksikan Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Nasri Md Ali. – Bernama

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal Ditetapkan Pada 19 Mac Ini

Next Post

World #QuranHour Platform Positif Dekatkan Masyarakat Dengan Al-Quran

Related Posts