2 beranak Maut Dirempuh Dalam Perjalanan Ke Masjid

BESUT: Seorang bapa dan anak lelakinya maut selepas motosikal yang dinaiki dirempuh sebuah pacuan empat roda dari arah belakang di Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu, Kampung Landak, di sini malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 malam.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Nazri Mohd Nor, 59 dan anak lelakinya Muhammad Hamas, 25, masing-masing berasal dari Kampung Padang Luas, Jerteh.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad @ Abu ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

“Kejadian berpunca apabila motosikal jenis Honda EX5 yang dinaiki dua beranak itu dirempuh pacuan empat roda dari arah belakang selepas membuat pusingan U dan mengubah haluan ke lorong tengah untuk ke Masjid At-Taqwa.

“Akibat dari kemalangan tersebut kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan”, katanya.

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Besut.

Pemandu Toyota Hilux, seorang lelaki berusia 27 tahun tidak mengalami kecederaan.

Kes disiasat di bawah Sek 41(1) APJ 1987.

Sehubungan itu, pihak polis meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes, Insp Muhammad Shafiqqul Aliff Mohamad Sobri di talian 01110929400.

Pihak polis juga ingin menasihati pengguna jalan raya supaya berhati-hati semasa memandu dan sentiasa patuh pada peraturan-peraturan jalan raya.- Buletin TV3

#islamhidupku

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Muhasabah Sebelum Memasuki 10 Akhir Ramadan: Bagaimana Ingin Jadikan Ramadan Kali Ini Lebih Bermakna?

Next Post

Penerbangan Pertama Jemaah Haji Malaysia Bermula 29 April

Related Posts