Penganut bukan Islam turut bantah cadangan tubuh kementerian baharu

Setiausaha Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (URIMAI), Satees Muniady menegaskan, sudah memadai orang bukan Islam mengamalkan agama masing-masing tanpa ada campur tangan kerajaan.

Kebebasan beragama yang dijamin Perlembagaan Persekutuan akan mula luntur jika kerajaan dibenar untuk campur tangan dalam hal ehwal agama bukan Islam.

Jelas beliau, di bawah Perlembagaan Persekutuan kerajaan tidak mempunyai kuasa ke atas penganutan agama lain dan dengan itu beliau mempersoalkan rasional di sebalik cadangan yang diutarakan Ahli Parlimen DAP itu.

Sumber: Malaysia Gazette

#islamhidupku

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kesederhanaan Itu Kunci Kebahagiaan

Next Post

MAIWP Perlu Perkasa Teknologi AI Dalam tadbir urus islam – na’im

Related Posts