Netizen Persoal Tayangan ‘Santiago of the Seas’ Di RTM2, Dakwa Ada Unsur LGBT

BANGI, 26 JAMADILAWAL – Isu kandungan rancangan animasi Santiago of the Seas yang disiarkan di stesen televisyen nasional, RTM2, kini menimbulkan kebimbangan ramai pihak kerana didakwa mengandungi unsur Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgender (LGBT).

Beberapa penonton di media sosial mendakwa episod tertentu tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak kerana menampilkan adegan yang didakwa bercanggah dengan nilai-nilai masyarakat Islam.

Rancangan animasi ini difahamkan ditayangkan di RTM2 setiap hari Ahad jam 10 pagi.

Seorang pengguna Threads, Bypunarma, yang menonton rancangan tersebut bersama anaknya berkata, “Saya menonton kartun di TV2 bersama anak saya, tiba-tiba saya terkejut melihat dua ekor watak jantan bercium.

“Bagaimana cerita seperti ini boleh masuk dalam siaran televisyen kerajaan tanpa ditapis?

“Nama kartun ini ialah ‘Santiago of the Seas’. Mohon pihak RTM boleh menapis sedikit. Kita negara Islam, bukan negara LGBT.”

Pendeta Zainal pula mempersoalkan bagaimana rancangan animasi berkenaan boleh terlepas ditayangkan di RTM2.

“Rancangan animasi membawa unsur LGBT ini dikatakan bersiaran di RTM 2. Mungkin ini reformasi media yang mahu dibawa Datuk Seri Anwar, Fahmi Fadzil dan PKR. Fahmi Fadzil buat apa?

“Macamana rancangan macam ini boleh terlepas masuk dalam stesen televisyen nasional?,” soalnya.

Selain itu, Hazmi menjelaskan bahawa rancangan yang sedang ditayangkan di RTM ketika ini adalah episod daripada Musim Satu, manakala episod yang dikatakan mengandungi unsur LGBT ialah pada Musim Dua, Episod Empat bertajuk A Tale of Two Mas.

Beliau menambah, “Terima kasih kerana bangkitkan isu LGBTQ ini. @fahmifadzil.1 @rtm_malaysia. Minta perhatian sebaiknya.”

Isu ini menimbulkan persoalan serius mengenai pengawasan kandungan di saluran televisyen kerajaan. RTM, sebagai stesen milik negara, sepatutnya menapis kandungan yang tidak sesuai untuk tontonan umum, khususnya bagi penonton kanak-kanak.

Sehingga kini, pihak RTM dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bagi menjelaskan bagaimana episod rancangan ini boleh tersiar tanpa sebarang tapisan.

Pengguna media sosial berharap isu ini diberi perhatian segera oleh pihak berkuasa agar kandungan televisyen nasional kekal bersih daripada unsur yang bertentangan dengan budaya dan agama negara, serta sesuai untuk tontonan seluruh masyarakat, khususnya anak-anak.

Sumber: Tv Pertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Inkues Zara Qairina: Kini Giliran Guru Sekolah Dipanggil

Next Post

Lebih 26,000 Surat Tawaran Haji Bagi Musim 2026 Dikeluarkan – Tabung Haji

Related Posts