Melaka Turut Pertimbang Haramkan Vape, Bincang Dalam Masa Terdekat

MELAKA: Satu perbincangan berhubung saranan pengharaman penjualan vape di negeri ini akan diadakan bersama EXCO kerajaan negeri dalam masa terdekat.

EXCO Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, terdapat keperluan meneliti hal itu sebelum sebarang keputusan dibuat kerajaan negeri.

Menurutnya, difahamkan banyak kes penghisap vape diserang penyakit termasuk radang paru-paru yang dilaporkan di seluruh negara.

“Jadi, saya akan bawa (isu penjualan vape) pada masyarakat EXCO untuk membolehkan MKN (Majlis Keselamatan Negara) negeri membuat keputusan sama ada nak teruskan atau larang penjualan vape.

“Setakat ini kertas cadangan berkaitan belum ada, namun saya akan bawa hal ini dalam mesyuarat EXCO dalam masa terdekat,” katanya selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat Negeri Melaka 2025 di Pejabat Japerun Sungai Udang, semalam.

Sambutan bertemakan ‘Bersama Hentikan TB: Perekasa Komitmen, Dana dan Perkhidmatan’ itu turut dihadiri EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin merangkap penyelaras Japerun Sungai Udang dan Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, Dr Ruzita Mustaffa.

Mengulas isu sama, Rais menegaskan sebagai EXCO bertanggungjawab untuk pihak berkuasa tempatan (PBT), pihaknya sedia melaksanakan sekiranya terdapat arahan tuntas pengharaman penjualan vape di Melaka oleh kerajaan negeri.

Namun, katanya, masih terlalu awal untuk mengulas perkara itu, biarpun akur beberapa negeri sudah mengambil langkah proaktif menangani isu penjualan vape.

“Melaka antara negeri pertama pernah memberikan kawasan larangan merokok dan diwartakan. Jadi, saya yakin di peringkat kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Ketua Menteri, beliau juga prihatin akan isu-isu vape ini.

“Tetapi sebelum kita nak haramkan dan sebagainya perlu memikirkan situasi menang-menang untuk semua pihak kerana ia turut membabitkan pengusaha vape, namun keutamaan mesti kepada aspek keselamatan dan kesihatan terutama anak-anak kita.

“Namun, secara peribadi saya amat mengharapkan di kerajaan Pusat boleh membantu mempermudah hal ini dengan menyeragamkan peraturan penjualan vape di seluruh negara,” katanya.

Sumber: Buletin Tv3

#islamhidupku

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pusat Astronomi Antarabangsa Jangka Aidiladha Jatuh Pada 6 Jun Ini

Next Post

Kematian Keempat Jemaah Haji Malaysia Akibat Serangan Jantung

Related Posts