Pusat Astronomi Antarabangsa Jangka Aidiladha Jatuh Pada 6 Jun Ini

ABU DHABI: Umat Islam di kebanyakan negara Islam dijangka menyambut Hari Raya Aidiladha pada 6 Jun ini (Jumaat), menurut Pusat Astronomi Antarabangsa.

Pusat yang berpangkalan di Abu Dhabi itu memaklumkan bahawa anak bulan yang menandakan permulaan Zulhijjah 1446H dijangka dapat dilihat pada Selasa, 27 Mei, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Pengarah pusat berkenaan, Mohammad Shawkat Odeh berkata anak bulan itu boleh dilihat menggunakan teleskop di beberapa bahagian Asia Tengah dan Barat, kebanyakan wilayah di Afrika serta Eropah.

Beliau menambah bahawa anak bulan juga mungkin dapat dilihat tanpa bantuan teleskop di beberapa bahagian benua Amerika.

Berdasarkan kiraan astronomi itu, 28 Mei dijangka menjadi hari pertama Zulhijjah, menjadikan Aidiladha jatuh pada hari ke-10 iaitu Jumaat, 6 Jun. — BERNAMA

Sumber: Astro Awani

#islamhidupku

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

53 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia, Majoriti Akibat Sakit Jantung

Next Post

Melaka Turut Pertimbang Haramkan Vape, Bincang Dalam Masa Terdekat

Related Posts