Kematian Keempat Jemaah Haji Malaysia Akibat Serangan Jantung

KUALA LUMPUR – Seorang jemaah haji Malaysia, Mohamad Noor Mustaffar meninggal dunia akibat serangan jantung di Rehab Al-Janadiriyyah pada 11.30 pagi waktu tempatan, hari ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, pihak Lembaga Tabung Haji telah memaklumkan berita tersebut kepada waris allahyarham dan akan menguruskan keperluan jenazah termasuk perlaksanaan badal haji.

“Allahyarham pergi dalam keadaan mulia, sebagai tetamu Allah, dalam usaha menunaikan rukun Islam kelima.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan para solihin. Al-Fatihah,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, malam ini.

Mohamad Noor merupakan jemaah haji Malaysia yang keempat meninggal dunia di tanah suci pada musim haji kali ini.

Sumber: MalaysiaGazette

#islamhidupku

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Melaka Turut Pertimbang Haramkan Vape, Bincang Dalam Masa Terdekat

Next Post

Arab Saudi Perketat Kawalan Di Mekah, Puluhan Ditahan Langgar Peraturan

Related Posts