
Penghantaran pertama rumah mudah alih bertolak dari Mesir pada Khamis menuju ke Semenanjung Gaza di bawah perjanjian gencatan senjata dengan Israel, menurut media Mesir.
Lima trak yang membawa 15 rumah mudah alih dan sebuah jentolak melintasi bahagian Mesir di Pintu Sempadan Rafah menuju ke terminal Kerem Shalom (Karam Abu Salem) sebelum dibenarkan memasuki Gaza, menurut Anadolu Ajansi (AA) yang memetik saluran televisyen Mesir, Al-Qahera News.
Sumber: Astro Awani
#islamhidupku