Kedah Arah Tutup Kedai Vape, Beri Tempoh Hingga Disember Ini

ALOR SETAR: Pengusaha kedai vape di Kedah diberi tempoh hingga Disember untuk menghentikan operasi susulan larangan sepenuhnya penjualan rokok elektronik itu di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Mansor Zakaria berkata, kerajaan negeri tidak akan melanjutkan tempoh berkenaan dan ia dikuat kuasa bagi menjaga kesihatan rakyat serta membendung ancaman dadah sintetik.

Katanya, tempoh tujuh bulan bermula Mei hingga Disember dianggap mencukupi bagi peniaga beralih ke bidang perniagaan lain.

“Peniaga vape diharap dapat tukar kepada perniagaan lain selepas ini, kita sudah beri ruang untuk mereka.

“Tujuh bulan adalah tempoh yang munasabah. Keputusan ini kita capai pada mesyuarat bersama semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kedah minggu ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Untuk rekod, penjualan vape kini tertakluk mengikut Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Mansor berkata, penguatkuasaan penuh akan bermula awal tahun depan dan tindakan sitaan akan diambil terhadap premis yang masih menjual produk vape selepas tarikh ditetapkan.

“Kebanyakan lesen premis tamat pada Disember ini dan sebahagian kecil akan tamat pada Januari serta Februari tahun depan.

“Jika masih degil dan ingkar, kita akan keluarkan kompaun serta rampas barang,” katanya.

Mansor berkata, bagi kedai serbaneka dan premis lain menjual vape, penguatkuasaan terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau berkata, KKM juga wajar membatalkan semua lesen pengeluaran dan penjualan vape pada peringkat Persekutuan.

“Negeri hanya kawal penjualan di premis, tetapi lesen jualan diberi Kerajaan Pusat. Jika Persekutuan hentikan pengeluaran lesen, isu ini boleh selesai sepenuhnya.

“KKM selalu ingatkan rakyat kesan buruk vape, jadi Kerajaan Pusat perlu ambil langkah tegas haramkan terus penjualan vape,” katanya.

Sumber: Buletin Tv3

#islamhidupku

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kes Covid 19 Mencanak Naik Di Negara Jiran, Waspada Dengan Gejala

Next Post

Skuad Lipan Bara Bantu Jemaah Haji Sesat, Sakit Di Masjidil Haram

Related Posts