Jangan Tinggalkan Al-Quran

  1. Dalam al-Quran, Allah mengingatkan kita bahawa Nabi akan mengadu di hadapan Allah tentang wujudnya dikalangan kaum ini yang meninggalkan al-Quran. Firman Allah:

وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَذَا الْقُرْآنَ مَهْجُوراً

“Dan berkatalah Rasul: “Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai”.

  1. Ketika menghuraikan ayat ini, al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah memperincikan apa yang dimaksudkan dengan meninggalkan al-Quran iaitu:

(a) Mereka yang tidak suka mendengar al-Quran. Kata beliau:

هجر سماعه والإيمان به والإصغاء إليه

“Mereka yang meninggalkan dari mendengar al-Quran, beriman kepadanya dan tidak menumpukan pendengaran kepadanya.

(b) Mereka yang tidak beramal dengan al-Quran. Kata beliau:

هجر العمل به والوقوف عند حلاله وحرامه, وإن قرأه وآمن به

“Mereka meninggalkan dari beramal dengannya, tidak berpegang dengannya dalam urusan halal haram sekalipun mereka ini membaca al-Quran dan beriman dengannya.

(c) Mereka tidak berhukum dengan al-Quran. Kata Ibn Qayyim:

هجر تحكيمه والتحاكم إليه في أصول الدين وفروعه

“Mereka meninggalkan dari berhukum dengannya dalam perkara yang asas mahupun perkara yang cabang.”

(d) Mereka tidak bertadabbur dengan al-Quran. Kata beliau:

هجر تدبّره وتفهّمه ومعرفة ما أراد المتكلم به منه

“Mereka meninggalkan daripada bertadabbur, tidak cuba memahami apa yang dikehendaki dari apa yang disebut dalam al-Quran.”

Semoga Allah membimbing kita.

Sumber: Dr. Ahmad Sanusi Azmi, Muafakat Ilmuan Islam

#islamhidupku

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Jumlah Kematian Penduduk Di Gaza Mencecah 51,000

Next Post

Mufti Desak Tindakan Segera Isu Tarian Tak Senonoh Di Batu Feringghi

Related Posts

Jauhi Restoran Yang Meragukan

Rasulullah menasihatkan kita agar meninggalkan perkara yang meragukan kita. Sekiranya ada restoran yang kelihatan meragukan, maka tinggalkanlah. Sabda…
Read More