Doa Rasulullah Buat Pemuda

Seorang pemuda telah datang dan meminta izin dari Rasulullah untuk berzina. Para sahabat menjadi marah. Namun Rasulullah menenangkan mereka dan berhujah dengan penuh hikmah kepada pemuda itu. Baginda memanggil pemuda itu:

ادْنُهْ، فَدَنَا مِنْهُ قَرِيبًا

“Dekatkan pemuda itu denganku, lalu pemuda itu datang (duduk) dekat dengan Rasulullah.”

Lantas Baginda berdialog dengan pemuda itu dengan nada yang tenang. Baginda bertanya:

    أَتُحِبُّهُ لِأُمِّكَ؟ ” قَالَ: لَا. وَاللهِ جَعَلَنِي اللهُ فِدَاءَكَ. قَالَ: ” وَلَا النَّاسُ يُحِبُّونَهُ لِأُمَّهَاتِهِمْ

    “Adakah kamu suka jika orang berzina dengan ibumu?” Dia menjawab: “Tidak, demi Allah, semoga Allah menjadikan aku sebagai tebusan untukmu.” Baginda bersabda: “Begitu juga manusia tidak menyukainya untuk ibu-ibu mereka.”

    Sehingga Baginda bertanyakan soalan yang sama kepada ahli keluarga yang berbeza. Jelas pemuda itu tentu tidak suka andai ahli keluarga wanitanya itu menjadi mangsa zina. Selesai perbincangan harmoni itu Baginda berdoa:

      اللهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ وَطَهِّرْ قَلْبَهُ، وَحَصِّنْ فَرْجَهُ

      ‘Ya Allah, ampunkanlah dosanya, bersihkanlah hatinya dan peliharalah kehormatannya.” (HR Ahmad)

      Sejak dari itu, pemuda itu tidak terlintas pun ingin berzina. Abu Umamah yang menceritakan hadis ini berkata:

        فَلَمْ يَكُنْ بَعْدُ ذَلِكَ الْفَتَى يَلْتَفِتُ إِلَى شَيْءٍ

        “Maka selepas itu, pemuda tersebut tidak lagi menoleh kepada apa-apa (yakni tidak lagi terlintas untuk melakukannya).”

        Oleh yang demikian, bacakan doa ini buat anak-anak, cucu atau saudara kita. Mudah-mudahan Allah memelihara mereka dari segala kerosakan maksiat.

          Semoga Allah membimbing kita.

          Sumber: Dr. Ahmad Sanusi Azmi

          Total
          0
          Shares
          Leave a Reply

          Your email address will not be published. Required fields are marked *

          Previous Post

          Jemaah Haji Diingatkan Jangan Lalai Dengan Media Sosial Di Tanah Suci

          Next Post

          Tanggungjawab Anak Terhadap Ibu Bapa

          Related Posts