Inkues Kematian Zara Qairina Bersambung Hari Ini

KUALA LUMPUR: Prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir bersambung semula pada hari ke-25 di Mahkamah Koroner, hari ini.

Inkues bagi mengetahui kematian pelajar Tingkatan Satu itu pada 17 Julai lalu akan didengar di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Pada prosiding Khamis lalu, saksi kanak-kanak ke-15, yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha memaklumkan kepada mahkamah sebagai individu pertama menemukan Zara Qairina pada pagi 16 Julai lalu.

Pelajar itu berkata, menjadi rutinnya bangun awal setiap hari untuk mencuci pakaian, seterika baju dan menakung air untuk mandi sebelum bersiap sedia menunaikan solat subuh di surau asrama sekolah.

Zara Qairina, 13, ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu, sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada keesokan harinya.

Pada 3 September lalu, inkues bagi menentukan punca kematian Zara Qairina bermula di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu.

Sumber: Buletin Tv3

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Haji 2026: Arab Saudi Perketat Syarat, Pesakit Kronik Dan Berjangkit Dikecualikan

Next Post

Pengaruh Sahabat Dalam Kehidupan

Related Posts