Bomba Sahkan 14 Pelajar UPSI Dan Seorang Kelindan Maut

GERIK: Kemalangan tragis yang mengorbankan 15 nyawa di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik awal pagi tadi membabitkan 14 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan seorang kelindan bas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, setakat ini seramai 15 disahkan meninggal dunia terdiri 10 wanita dan lima lelaki.

Menurutnya, seramai 13 meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

“Seramai 33 mengalami kecederaan di mana tujuh dirawat di zon merah, zon kuning (20), dan enam zon hijau.

“Mangsa yang dirawat di Hospital Gerik seramai 29 orang manakala empat lagi di Hospital Baling,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa yang meninggal dunia berada di Forensik Hospital Gerik.

Harian Metro melaporkan seramai 15 orang disahkan maut dalam satu kemalangan tragis membabitkan sebuah bas yang membawa pelajar UPSI dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, awal pagi tadi. FOTO Harian Metro

Sumber: Buletin Tv3

#islamhidupku

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Contohi Nabi Ibrahim Sebagai Seorang Ayah

Next Post

Kematian Kesepuluh Jemaah Haji Malaysia Di Tanah Suci

Related Posts