Pengaruh Sahabat Dalam Kehidupan

Seorang kawan yang benar, sangat berupaya untuk mempengaruhi kawannya. Kalau baik dia, baiklah kawannya, begitulah sebaliknya.

Menurut Ibn Asyur, Uqbah bin Abi Muayit merupakan kawan rapat kepada Umayyah bin Khalaf. Kalau Uqbah balik dari permusafiran, Uqbah akan buat kenduri dan jemput orang makan ke rumahnya.

Satu hari apabila Uqbah pulang dari permusafiran, dia menjemput semua orang termasuk Baginda Nabi. Nabi enggan untuk makan melainkan setelah Uqbah mengucapkan syahadah lalu Uqbah lantas mengucapkan syahadah.

Apabila Umayyah sampai ke Mekah, di dapati Uqbah telah mengucapkan syahadah. Lantas dia segera mendapatkan Uqbah dan memarahinya dan berkata: Engkau telah terkena sampuk wahai Uqbah. Uqbah lantas menjawab:

واللَّهِ ما صَبَأْتُ ولَكِنْ دَخَلَ عَلَيَّ رَجُلٌ فَأبى أنْ يَأْكُلَ مِن طَعامِي حَتّى أشْهَدَ لَهُ فاسْتَحْيَيْتُ أنْ يَخْرُجَ مِن بَيْتِي ولَمْ يَطْعَمْ فَشَهِدْتُ لَهُ فَطَعِمَ،

Demi Allah, aku tidak disampuk, tetapi telah masuk ke rumahku seorang lelaki yang enggan untuk makan sehinggalah aku bersyahadah. Lalu aku malu kalau dia keluar dari rumahku tanpa makan, lalu aku mengucapkan syahadah dan dia makan (Ibn Asyur)

Begitulahlah seorang kawan itu berupaya mendesak kawannya sehingga mengikutinya untuk keluar dari syahadahnya. Oleh yang demikian, carilah kawan yang benar.

Kisah ini tersemadi dalam huraian firman Allah:

    { یَـٰوَیۡلَتَىٰ لَیۡتَنِی لَمۡ أَتَّخِذۡ فُلَانًا خَلِیلࣰا } { لَّقَدۡ أَضَلَّنِی عَنِ ٱلذِّكۡرِ بَعۡدَ إِذۡ جَاۤءَنِیۗ وَكَانَ ٱلشَّیۡطَـٰنُ لِلۡإِنسَـٰنِ خَذُولࣰا }

    Kenangan Daurah Hadis di Tak Bai, Thailand.

    Sumber: Dr. Ahmad Sanusi Azmi

    Total
    0
    Shares
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Previous Post

    Inkues Kematian Zara Qairina Bersambung Hari Ini

    Next Post

    Kisah Tentang Perempuan VIP Yang Mencuri

    Related Posts