HUS menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, keputusan keluarga penderma untuk menyumbangkan organ kepada mereka yang memerlukan dibuat ketika mereka sedang berdepan dengan kehilangan insan tersayang.
“Dalam kesedihan yang amat mendalam, keluarga penderma menunjukkan kekuatan, belas ihsan dan kefahaman yang luar biasa dengan memilih untuk memberikan harapan serta hadiah kehidupan kepada orang lain,” menurut kenyataan HUS.
Unit Perolehan Organ dan Pendermaan (UPOH) HUS berkata, pihaknya berbesar hati dapat membimbing dan memberikan sokongan kepada keluarga penderma sepanjang proses berkenaan.
Proses pengambilan organ itu turut dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Sumber Transplan Nasional (National Transplant Resource Centre).
Pasukan pelbagai disiplin daripada HUS dan pusat berkenaan bekerja bagi memastikan proses pendermaan organ dilaksanakan dengan penuh maruah, kepekaan serta penghormatan terhadap kepercayaan dan pegangan agama keluarga penderma.
Pihak hospital turut merakamkan penghargaan kepada keluarga penderma atas keputusan yang amat bermakna itu serta kepada semua pasukan perubatan yang terlibat dalam menjayakan proses berkenaan.
.
𝗦𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿:
https://malaysiatribune.news/hospital-umum-sarawak-catat-sejarah-terima-penderma-organ-muslim-pertama/