
Kecenderungan anak muda memilih untuk terus bekerja dan tidak melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi semakin membimbangkan kerana berpotensi menjejaskan pembangunan modal insan negara.
Bekas Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, antara petunjuknya ialah 7,099 calon tidak hadir bagi semua mata pelajaran SPM 2025. Bagi kemasukan akademik 2026 pula, sebanyak 351,012 permohonan lepasan SPM diterima melalui UPUOnline; 235,480 daripadanya layak dan 169,803 calon ditawarkan tempat di IPTA.
Menurut beliau, jika trend anak muda tidak menyambung pengajian berterusan, Malaysia berisiko kehilangan bakat dan menghadapi kesukaran mencapai sasaran 35% tenaga kerja mahir serta aspirasi menjadi negara berpendapatan tinggi.
𝗦𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿:
https://www.utusan.com.my/berita/2026/07/anak-muda-tidak-sambung-belajar-membimbangkan/
https://www.utusan.com.my/berita/2026/07/anak-muda-tidak-sambung-belajar-membimbangkan/