Puteri Nur Afiyah Qalesya Mustafa, 5, pulang bersama bapanya dari Muar ke Tanjung Sedili, Kota Tinggi untuk mengambil ubat sebelum ditemukan maut dipercayai dicampakkan ke dalam sungai oleh bapa saudaranya. Suspek yang dipercayai kurang waras turut mengikuti mereka pulang ke kampung.
Mangsa ditemukan tertiarap di tebing sungai kira-kira 300 meter dari rumah selepas keluarganya menjumpai seliparnya di lokasi tersebut. Suspek kemudiannya dipercayai mengamuk sambil membawa parang dan mengejar bapa mangsa sebelum ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata lelaki tersebut dipercayai mencampak mangsa ke dalam sungai sebelum mengamuk dan mengejar seorang lelaki berusia 40 tahun dengan bersenjatakan parang.
Beliau berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira 9.30 pagi dan sejurus tiba di lokasi kejadian, berlaku pergelutan antara polis dengan suspek hingga menyebabkan seorang anggota polis mengalami kecederaan, namun suspek berjaya ditahan. Yusof berkata pembantu pegawai perubatan yang berada di lokasi mengesahkan kematian kanak-kanak itu dan mayat dihantar ke Hospital Kota Tinggi sebelum dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pasir Gudang untuk bedah siasat hari ini.
Beliau berkata suspek dipercayai menghadapi masalah kesihatan mental manakala kejadian berkenaan sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

𝗦𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/budak-maut-dicampak-dalam-sungai-puteri-nur-afiyah-pulang-ke-kampung-bersama-bapa-untuk-ambil-ubat