Berebut tempat duduk punca provokasi sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya

Berebut tempat duduk punca provokasi sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya
Kejadian provokasi dan tolak-menolak ketika sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya pada Isnin lalu dipercayai berpunca daripada perebutan tempat duduk. Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Aidi Sham Mohamed, memaklumkan siasatan sudah lengkap dan kertas siasatan telah diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya. Tujuh keterangan saksi telah diambil bagi membantu siasatan.
.
Kejadian berlaku sekitar jam 5 pagi di mana rakaman kejadian menjadi tular di media sosial, termasuk memaparkan suspek berbaju coklat mencetuskan provokasi terhadap anggota polis. Suspek menyerah diri pada 2 September dan direman sehari, dengan ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis THC. Kes disiasat di bawah beberapa akta termasuk Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Akta Dadah Berbahaya 1952.
.
𝗦𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿: Media Selangor
.
#beritaterkini
___
Bersama kami di telegram channel,
kita suburkan Islam dalam kehidupan seharian.
t.me/islamhidupku
Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
YADIM kecam tindakan penduduk Nepal rosakkan, bakar masjid, al-Quran di Golbazar

YADIM kecam tindakan penduduk Nepal rosakkan, bakar masjid, al-Quran di Golbazar

Next Post

‘Jarum Halus’ Fahaman Songsang di Balik Lakon Layar: Siapa Bertanggungjawab?

Related Posts