
Beberapa hari kebelakangan ini, isu ‘hangat’ timbul berkaitan dengan sebuah tayangan drama bersiri di satu platform video dalam talian di Malaysia. Ia telah ditonton oleh ribuan rakyat Malaysia dan menatijahkan pelbagai komentar dan kritikan berkaitan dengan unsur-unsur negatif yang diselitkan di dalam drama tersebut.
Menurut laman Wikipedia, antara maklumat yang tersedia berkenaan dengan drama bersiri tersebut adalah seperti berikut:
“Madu atau Racun ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia tahun 2026 arahan Eyra Rahman terbitan MIG Production Sdn Bhd. Siri yang dibintangi oleh Aliff Aziz, Uqasha Senrose, dan Elisya Sandha ini memulakan tayangan perdana di platform penstriman iQIYI pada 14 Ogos 2026, dengan episod baharu disiarkan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu jam 9:00 malam.”
Kemudian, dari segi sinopsis drama bersiri tersebut dinyatakan seperti berikut, “Drama ini mengisahkan tentang konflik, pergolakan, dan pengkhianatan dalam sebuah perkahwinan. Plot utama bermula apabila Adli (Aliff Aziz) membuat keputusan untuk berpoligami dengan membawa pulang isteri kedua, Nikita (Elisya Sandha), tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Azura (Uqasha Senrose). Walau bagaimanapun, jalan cerita mengambil pusingan unik apabila kedua-dua isteri tersebut akhirnya menyedari sikap manipulatif suami mereka dan memilih untuk bekerjasama demi mempertahankan hak masing-masing.”
Ya, sekali imbas agak janggal apabila sebuah drama yang ditayangkan secara umum di negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam, membawa mesej yang dapat difahami sebagai “mempromosikan” budaya songsang. Lebih lagi, para pelakonnya juga semuanya orang Islam.
๐๐ฝ๐ฎ ๐๐๐๐ป๐๐ฎ?
Ya, disebalik pelbagai kenyataan dan kritikan yang telah dikeluarkan, kita perlu memahami terlebih dahulu apa isu utamanya. Walau tanpa perlu menonton sehingga selesai kesemua 12 eposod drama ini, kita sebenarnya sudah dapat memahami apa sebenarnya teras utama kepada isu ini. Berikut penulis akan huraiankan berpandukan tiga perkara iaitu:
๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐บ๐ฎ: ๐ ๐ฒ๐ป๐ด๐ต๐ผ๐ฟ๐บ๐ฎ๐๐ถ ๐ก๐ผ๐ฟ๐บ๐ฎ ๐๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ด๐ฎ๐บ๐ฎ
Bagi perkara yang pertama, umum mengetahui bahawa sebarang perkara yang berkaitan dengan budaya songsang – dalam isu ini Lesbian sepatutnya diambil perhatian oleh sesiapa sahaja yang menghasilkan apa-apa jua hasil seni baik secara bertulis dan bercetak mahupun secara visual dalam bentuk filem dan drama. Kegagalan memahami perkara ini oleh pihak berkenaan akan menyebabkan perlanggaran terhadap hal-hal sensitif seperti norma beragama bagi umat Islam di Malaysia. Lebih membimbangkan lagi, hal-hal seperti ini bukanlah dilakukan oleh mereka yang bukan beragama Islam malah oleh orang Islam sendiri
Jika dibaca daripada sinopsis ringkas drama bersiri tersebut, jelas sekali tema yang ditonjolkan ialah “konflik rumah tangga”. Umumnya kita tidak memiliki masalah dengan niat pihak penerbit untuk mengangkat isu-isu berkaitan dengan konflik rumah tangga. Malah diakui ia juga menjadi tradisi sejak zaman berzaman oleh pihak produksi filem dan drama. Namun, kali ini sedikit janggal apabila isu rumah tangga yang diangkat itu sepertinya ‘secara halus’ menjurus kepada unsur-unsur gejala songsang yang sudah tentu bertentangan dengan norma masyarakat tempatan bahkan menyalahi ajaran agama Islam.
Menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan, pengarahnya menjelaskan bahawa, “Apa yang penonton lihat itu hanyalah teknik penggambaran atau โcheat shotโ untuk menampakkan babak tersebut seolah-olah realistik.” Namun, itu bukan masalahnya. Masalahnya mengapa ia turut diangkat dan ditayangkan secara umum? Dalam pada itu, kita juga tidak bersetuju dengan adegan-adegan lain yang berkaitan seperti adegan rogol dan hubungan intim ditayangkan secara ‘cheat shot’ seperti ini. Ia seperti suatu proses yang menjurus dari satu tahap ke tahap yang berikutnya jika kita perasan – bermula dengan adegan rogol, hubungan intim dan kini hubungan songsang?!
๐๐ฒ๐ฑ๐๐ฎ: ๐๐๐ฎ๐ ๐ก๐ฎ๐บ๐ฎ ๐๐ฎ๐ฟ๐๐ฎ ๐ฆ๐ฒ๐ป๐ถ
Ya, memang diakui bahawa apa jua industri kini sedang berusaha untuk menjana keuntungan. Hakikatnya tidak kira apa jua industri. Lihatlah betapa industri perladangan kelapa sawit telah memberikan impak kepada alam sekitar melalui kejadian-kejadian jerebu walaupun dalam masa yang sama turut menyumbang kepada ekonomi. Lihatlah bagaimana sektor perkilangan yang memberi impak pencemaran kepada sumber air melalui pelepasan sisa buangan yang tidak diurus dengan baik.
Maka, apabila bercakap soal industri, disebalik mengeksploitasi keuntungan, pasti akan mengiringinya adalah kesan dan impaknya. Namun, isunya adalah bukan kita menolak industri – kerana ia menjadi penyumbang kepada kitaran ekonomi, sebaliknya adalah bagaimana industri ini dikawal selia dengan baik dan bertanggungjawab.
Ya, pengarah drama bersiri ini turut ‘menegaskan’ dalam kenyataannya soal pematuhan terhadap batasan yang ditetapkan termasuk pemantauan daripada Lembaga Penapis Filem (LPF). Namun, adakah pihak LPF tidak ‘buat kerja’?
Lebih ironi lagi apabila pihak LPF yang seharusnya tambil memberi kenyataan tidak berbuat demikian. Malah, hanya pihak FINAS sahaja setakat ini memberikan respons terhadap isu ini dengan katanya, “Drama tersebut disiarkan menerusi platform penstriman yang tidak tertakluk kepada kawal selia Lembaga Penapis Filem (LPF)…” Mengapa pihak FINAS yang berada di bawah Kementerian Komunikasi manakala LPF pula di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Cuma persoalan di sini adalah, apakah ‘kriteria’ dan ‘tapisan’ yang dilakukan oleh kedua-dua pihak ini sehingga boleh melepaskan tayangan babak-babak seperti ini kepada masyarakat umum? Adakah bermakna dunia seni kini sudah ‘bebas’ sebebas-bebasnya?
๐๐ฒ๐๐ถ๐ด๐ฎ: ๐ฆ๐ถ๐ฎ๐ฝ๐ฎ ๐ฃ๐ฒ๐ป๐๐น๐ถ๐ ๐ฆ๐ธ๐ฟ๐ถ๐ฝ?
Melihat kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab ini saling melepaskan ‘baton’ antara satu sama lain, rupanya perkara yang paling penting sekali kita telah terlepas pandang – yang menjadi tunjang kepada penghasilan sesebuah karya seni berbentuk lakon layar iaitu penulis skripnya. Ya. Sehingga kini sejak isu ini hangat, kita langsung tidak mendengar atau mengetahui siapakah yang menulis skrip drama ini. Kalau pengarah tidak mengarah ikut sesuka hati sebagaimana menurut pengarah drama ini, jadi sudah tentu pengarah perlu mengikut skrip yang dihasilkan. Namun, kita bertanya sekali lagi siapakah penulis skrip bagi drama ini?
Penulis cuba mencari maklumat tentang perkara ini. Namun, sayang ia tidak ditemui di mana-mana. Bahkan apa yang ada hanyalah seputar isu-isu yang dibangkitkan berbentuk respons dan kritikan sahaja. Bahkan tidak dinyatakan juga di laman Wikipedia.
Umum mengetahui bahawa sesebuah lakon layar itu sudah pasti memiliki skrip dan skrip itu pula dihasilkan oleh seseorang yang bergelar penulis skrip. Sebagai contoh, penulis ada menonton sebuah drama bersiri genre sejarah dari Turkiye. Apabila tiba tayangan musim berikutnya, para penonton mula memberikan kritikan dan komentar terhadap jalan ceritanya yang tidak sebagus musim yang sebelumnya. Setelah diselidiki rupanya ia berpunca daripada perubahan skrip drama tersebut yang dihasilkan oleh penulis skrip yang baharu. Maka, dengan cara ini, sesuatu jalan cerita itu dapat dikenalpasti baik atau tidak berdasarkan kepada siapa yang menulis skripnya.
Namun, bagaimana pula dengan drama Madu atau Racun ini? Cara mudah, penulis cuba menyemaknya menerusi aplikasi kecerdasan buatan (ai), Deepseek. Berikut merupakan hasil carian tersebut: “Berdasarkan maklumat yang ada, penulis skrip untuk drama Madu atau Racun tidak dinyatakan secara jelas dalam laporan-laporan yang tersedia.”
Adakah penulis skrip drama ini tidak mahu dikenali? Atau, sengaja ditutup kerana tahu skrip ini akan menimbulkan ‘masalah’? Penulis cuba juga untuk melakukan pencarian dengan menonton bahagian terakhir drama ini – credit scene. Ternyata seperti jangkaan penulis tidak dinyatakan secara spesifik siapakah penulis skripnya. Apa yang ada hanyalah “Pakar Kandungan Senior” yang mana kesemuanya berbangsa Cina. Jadi, adakah skrip ini ditulis oleh kecerdasan buatan (ai) dengan mengambil kira elemen-elemen yang boleh menarik tontonan? Jikalau dahulu timbul isu yang serupa tetapi dalam industri penerbitan – novel yang diterbitkan daripada penulis di satu platform bernama Wattpad, adakah skrip drama ini juga bersumberkan laman tersebut?
Jadi, sama-samalah kita fikirkan. Kalau orang yang hendak dicari itu sememangnya tidak wujud, maka jangan diharap akan ada apa-apa tindakan kepada orang yang sepatutnya bertanggungjawab kerana ia sememangnya tidak wujud. Lalu, isu ini akan berlegar-legar sehingga akhirnya lenyap dengan sendiri. Adakah begini industri seni kita? Itu belum lagi cerita soal drama-drama pendek yang dihasilkan dan dijana menerusi kecerdasan buatan (ai) yang sudah mendapat tempat oleh pengguna media sosial. Bahkan boleh dilanggan lagi untuk menontonnya.
๐๐ฒ๐๐ถ๐บ๐ฝ๐๐น๐ฎ๐ป
Menutup penulisan ini, diharapkan isu ini ditangani dengan betul dan tidak secara ‘rambang’. Cari punca yang sebenarnya kerana jika tidak diketahui punca utama dan punca sebenar, akan membuatkan isu ini tidak akan selesai. Lebih parah, ia akan terus berulang tanpa dapat dikawal apatah lagi diambil tindakan terhadapnya.
Dalam hal ini, setiap pihak sudah memberikan respon. Pihak menteri, agamawan, pengarah, institusi berkaitan malah pempengaruh media sosial juga sudah bersuara tentang isu ini. Persoalannya sekarang adalah, dari manakah tindakan akan mulakan? Adakah sekadar mengeluarkan amaran dan surat peringatan? Paling teruk sekiranya boleh diambil adalah denda? Jadi, sama-samalah kita menantikannya.
Jika isu ini benar-benar ingin ditangani, dedahkan siapakah sebenar penulis skrip drama ini. Jikalah benar ia ditulis oleh pihak yang tidak diketahui siapa (anonymous), maka ketahui apakah platform atau penjananya (generator) yang menhasilkan skrip sebegitu. Maka, barulah terarah apakah tindakan yang sewajarnya dilakukan.
๐๐ฎ๐ฐ๐ฎ๐ฎ๐ป ๐น๐ฎ๐ป๐ท๐๐:
- https://ms.wikipedia.org/wiki/Madu_atau_Racun
- https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/09/1615675/kerajaan-tolak-tayangan-drama-madu-atau-racun
- https://www.sinarharian.com.my/article/794515/berita/semasa/duit-bukan-segala-galanya-jangan-hasilkan-karya-rugikan-bangsa-dan-agama—mohd-izhar-ariff
- https://www.kosmo.com.my/2026/09/02/kontroversi-madu-atau-racun-tindakan-bukan-bawah-bidang-kuasa-finas/
- https://www.utusan.com.my/nasional/2026/09/madu-atau-racun-tiada-babak-daring-masih-ikut-garis-panduan-pengarah/