
Wadah Percerdasan Umat Malaysia (WADAH) berkata, ia menyokong penuh garis panduan yang bakal dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
WADAH komited terhadap usaha kerajaan menjaga kesucian agama Islam dalam kalangan rakyat dan akan menjalankan pelbagai program bertemakan fiqh taayush (Budaya Damai dalam Kepelbagaian).
WADAH juga akan menganjurkan pelbagai program berbentuk pendidikan dan kesedaran untuk mempertingkatkan kefahaman masyarakat mengenai kepentingan akidah Islam dalam masyarakat majmuk.
Sumber : Malaysia Gazette
#islamhidupku