Bagaimana Kematian Kita Nanti?

  1. Salah satu perubahan terbesar yang dilakukan oleh Rasulullah dalam diri sahabat adalah membina halatuju dan matlamat hidup yang jelas buat mereka. Baginda menanam sifat cintakan Islam sehingga mereka menjadikan matlamat hidup mereka semuanya adalah untuk Islam.
  2. Lihatlah bagaimana Mus’ab mengubah halatuju hidupnya dari seorang pemuda yang hidup mewah menjadi pemuda yang mengabdikan dirinya untuk Islam. Rasulullah pernah menangis ketika melihat penampilan Mus’ab di Madinah yang meninggalkan kemewahan untuk Islam. Perkara ini diceritakan oleh Saidina Ali yang menyebutkan:

إِنَّا لَجُلُوسٌ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي المَسْجِدِ إِذْ طَلَعَ مُصْعَبُ بْنُ عُمَيْرٍ مَا عَلَيْهِ إِلَّا بُرْدَةٌ لَهُ مَرْقُوعَةٌ بِفَرْوٍ، فَلَمَّا رَآهُ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بَكَى لِلَّذِي كَانَ فِيهِ مِنَ النِّعْمَةِ وَالَّذِي هُوَ اليَوْمَ فِيهِ

“Ketika kami sedang duduk di Masjid, lalu datang Mus’ab ibn Umayr dengan pakaian yang bertampal. Apabila Rasulullah melihat Mus’ab, Baginda menangis kerana mengenangkan kehidupan mewah yang pernah dinikmati oleh Mus’ab.” (HR al-Tirmizi).

  1. Ketika suasana sengit di dalam Perang Uhud, Mus’ab jualah antara pejuang yang mempertahankan Rasulullah. Beliau memegang panji Islam dengan tangan kanannya. Musuh datang lalu menebas tangan Mus’ab sehingga putus.
  2. Ketika lalu dihadapan jenazah Mus’ab yang syahid di medan Uhud, Rasululullah sangat sebak. Baginda terkenangkan perjuangan Mus’ab yang menjadikan dirinya semuanya untuk Islam. Baginda lalu membacakan ayat:

مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ ۖ فَمِنْهُم مَّن قَضَىٰ نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.

  1. Mus’ab adalah contoh sahabat yang mempunyai halatuju yang jelas. Kehidupan beliau menjadi inspirasi bagi menentukan halatuju dan matlamat kehidupan kita. Kematian beliau menunjukkan betapa pentingnya keikhlasan amalan semasa hidup membimbing kesudahan yang baik.
  2. Persoalan ini perlu ditujukan sebagai muhasabah buat diri kita. Apakah yang ingin dicapai dalam hidup ini? Apakah kenyang kita dengan nikmat dunia? Bagaimana kesudahan hidup yang kita inginkan?

Semoga Allah membimbing kita.

Sumber: Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Allah Tidak Perlukan Kita

Next Post

Sembunyikan dan Bertaubat, Bukan Memperdagangkan Dosa Sendiri

Related Posts

Amalkan Baca Ayatul Kursi Sebagai Doa Pelindung Diri

ٱللَّهُ لَاۤ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَیُّ ٱلۡقَیُّومُۚ لَا تَأۡخُذُهُۥ سِنَةࣱ وَلَا نَوۡمࣱۚ لَّهُۥ مَا فِی ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَمَا فِی…
Read More