Allah Tidak Perlukan Kita

  1. Tajam betul ayat ini. Setelah menyebutkan tentang sifat-sifat dan ibadah hamba al-Rahman, Allah tegaskan bahawa Dia tidak mempedulikan para hambanya kalau tidak kerana doa (ibadah) kita. (Tafsir al-Wasit li-Tantawi)
  1. Pada hakikatnya kitalah yang menagih doa kepada Allah. Kita yang memerlukan Allah dalam kehidupan kita. Mengapa pula kita sombong untuk mengadu kepada Allah.
  2. Sebab itu ketika menghuraikan ayat tentang doa, al-Imam al-Syaukani menjelaskan bahawa mereka yang tidak berdoa itu seolah-olah sombong. Kata al-Shaukani:

فأفاد ذلك أن الدعاء عبادة، وأن ترك دعاء الرب سبحانه استكبار

“Ayat ini (Surah al-Baqarah) menunjukkan bahawa doa itu adalah ibadah, dan meninggalkan doa kepada Allah SWT adalah satu kesombongan. (Tuhfah al-Zakirin: 28)

  1. Oleh yang demikian, perbanyakkan berdoa kepada Allah dalam setiap keadaan, samada susah mahupun senang. Ia adalah medium komunikasi yang ampuh, kamar aduan di antara hamba dan Tuhannya, yang menggambarkan kekuatan hubungan dan pengabdian kepada Allah.

Semoga Allah membimbing kita.

Sumber: Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Budaya Antirasuah Perlu Dipupuk Sejak di Rumah

Next Post

Bagaimana Kematian Kita Nanti?

Related Posts

Ketaqwaan Meningkatkan Kemuliaan, Patuhilah Perintah-Nya

وَلَقَدۡ كَرَّمۡنَا بَنِیۤ ءَادَمَ وَحَمَلۡنَـٰهُمۡ فِی ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ وَرَزَقۡنَـٰهُم مِّنَ ٱلطَّیِّبَـٰتِ وَفَضَّلۡنَـٰهُمۡ عَلَىٰ كَثِیرࣲ مِّمَّنۡ خَلَقۡنَا تَفۡضِیلࣰا “Dan…
Read More