Pelajar Tingkatan Dua Meninggal Dunia Dipercayai dibuli Senior

Pelajar Tingkatan Dua Meninggal Dunia Dipercayai dibuli Senior
Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Za’ba meninggal dunia dipercayai menjadi mangsa buli. Mangsa, Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14 tahun, ditemukan tidak sedarkan diri di asrama sekolah berkenaan, sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), malam tadi.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut menitipkan ucapan takziah dan menggesa tindakan tegas diambil berhubung kejadian berkenaan. “Amat menyedihkan apabila masih berlaku perbuatan buli yang membawa kepada kematian

“Kena ambil tindakan yang tegas dan pantas dalam hal ini. Tidak boleh dikompromi lagi,” ulas beliau.

Mayat pelajar tersebut dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin mengesahkan kejadian dan memaklumkan butiran lanjut berhubung kes berkenaan akan dikongsikan dalam masa terdekat.
.
𝗦𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿:
https://alhijrahnews.com/pelajar-tingkatan-dua-meninggal-dunia-dipercayai-dibuli-senior/
Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Dua Pelajar Tahfiz Mengaku Bersalah Cederakan Rakan Guna Seterika

Dua Pelajar Tahfiz Mengaku Bersalah Cederakan Rakan Guna Seterika

Next Post

Majlis Halal Malaysia-indonesia Ditubuh, Mesyuarat Pertama Oktober – Ahmad Zahid

Related Posts