Mangsa sempat tunjuk foto pembuli sebelum meninggal dunia

Mangsa sempat tunjuk foto pembuli sebelum meninggal dunia
PEMALANG – Seorang mangsa buli di sekolah yang berusia tujuh tahun sempat memberitahu identiti pelaku kepada keluarganya sebelum dia meninggal dunia. Perkara itu didedahkan bapanya, Nurwandi selepas kejadian menggemparkan di Kebondalem, Pemalang, Jawa Tengah di Indonesia itu meraih perhatian ramai.

“Anak saya sudah menunjukkan foto beberapa pelaku dari kelas lima dan kelas enam. Saya cuba meminta penjelasan daripada pihak sekolah, namun tidak berhasil,” ujarnya. Sementara itu, ibu mangsa, Diah Indriyanti berkata, anaknya yang merupakan murid Kelas 2 SDN 1 Kebondalem sempat dirawat di hospital selama sembilan hari sejak pertengahan bulan lalu.

Mangsa sempat pulang ke rumah selama tiga hari sebelum menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke hospital pada akhir September. “Anak saya berubah daripada seorang yang periang menjadi amat pendiam. Terdapat kesan lebam pada perut dan kaki anak saya. Dia sering mengadu sakit,” katanya.

Difahamkan, pihak berkuasa masih menyiasat kes buli yang menimpa murid tersebut dan turut mengambil keterangan beberapa saksi. Sementara itu, Kepala SDN 1 Kebondalem, Erning Rustini enggan mengulas insiden tersebut dan menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk tindakan selanjutnya. – Agensi
.
𝗦𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿:
https://www.sinarharian.com.my/article/799162/global/mangsa-sempat-tunjuk-foto-pembuli-sebelum-meninggal-dunia
Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Tips Hidup Bahagia

Tips Hidup Bahagia

Next Post
Karpet masjid dicurah air selut busuk bercampur serpihan tulang, bulu

Karpet masjid dicurah air selut busuk bercampur serpihan tulang, bulu

Related Posts