PEH26: Medan perluas jaringan industri halal

INDUSTRI halal yang semakin berkembang setiap tahun memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi, bukan sahaja dalam aspek pematuhan pensijilan, malah keupayaan dalam memahami perniagaan, menguasai aspek teknikal dan membina jaringan pada peringkat antarabangsa.

Menyedari keperluan itu, Persidangan Kebangsaan Eksekutif Halal 2026 (PEH26) terus menjadi platform memperkaya pengetahuan serta pengalaman bakat halal, khususnya eksekutif halal yang memainkan peranan penting dalam memastikan pematuhan standard halal.

Ketua Pegawai Eksekutif Kolej UNITI Port Dickson, Amir Hamzah Md Isa berkata, penganjuran PEH26 yang memasuki tahun kelima merupakan pencapaian penting buat pihaknya dan UNITI Halal Centre (Uhac) dalam usaha membangunkan ekosistem pembelajaran halal yang lebih menyeluruh.

Menurutnya, persidangan itu kini menjadi antara program yang dinanti-nantikan eksekutif halal dan pemain industri, sekali gus membuktikan keperluan terhadap platform perkongsian ilmu serta jaringan profesional yang berterusan.

“Bagi kami, ini satu pencapaian apabila dapat melaksanakan PEH selama lima tahun berturut-turut. Kita melihat program ini sudah menjadi acara yang ditunggu-tunggu oleh bakat halal khususnya eksekutif halal dan pemain industri.

“Kita mahu memperluas skop PEH ini supaya ia bukan sekadar menghimpunkan pemain industri, tetapi turut melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT), agensi kerajaan, sektor swasta dan institusi perbankan,” katanya kepada Sinar Islam Plus baru-baru ini.

Jelasnya, penyertaan institusi perbankan seperti Agrobank sebagai penaja dan Maybank sebagai rakan strategik turut memperluas dimensi perbincangan, khususnya berkaitan pembiayaan dan keperluan perniagaan dalam ekosistem halal.

Sumber:
https://www.sinarharian.com.my/article/800679/sinar-islam/edisi-halal/peh26-medan-perluas-jaringan-industri-halal

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Antara Spiritual dan Pluraliti Agama: Mengapa Generasi Muda Muslim Mencari Tuhan di Luar Agamanya?

Next Post

Perselisihan rumah tangga dipercayai punca pegawai AKPS maut ditikam suami – Polis

Related Posts