6,104 Peserta Meriahkan Sambutan Maulidur Rasul Di MAEPS, Serdang

SERDANG: 6,104 peserta daripada 119 kontinjen pelbagai agensi kerajaan serta pasukan beruniform menyerikan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di MAEPS, Serdang, pagi ini.

Seawal jam 5 pagi, ribuan peserta mula berkumpul di pekarangan MAEPS bagi menyertai perarakan Maulidur Rasul yang bermula tepat jam 7.40 pagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar ketika merasmikan sambutan berkata, perarakan besar-besaran itu menjadi bukti kecintaan umat Islam terhadap Rasulullah SAW serta penghayatan sirah perjuangan Baginda.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua peserta dan ketua agensi yang hadir, sambil menegaskan semangat berselawat dan ukhuwah mampu memperkukuh penghayatan tema sambutan tahun ini ‘Membangun Ummah MADANI’.

Hadiah penghargaan turut disediakan kepada kontingen terbaik meliputi Johan, Naib Johan dan tempat ketiga yang masing-masing menerima wang tunai RM5,000, RM4,000 dan RM3,000 beserta piala.

Selepas perarakan, tumpuan beralih ke Dewan A di mana atur cara utama dijangka bermula jam 8.45 pagi, dengan ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta dif kehormat yang lain.

Kemuncak acara adalah keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim serta Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, yang dijangka hadir jam 9.30 pagi.

Majlis bakal diisi dengan persembahan khas Maulidur Rasul, bacaan doa, titah Diraja serta pengurniaan Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1447H/2025M oleh Yang di-Pertuan Agong.

Sumber: Buletin Tv3

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Maulidur Rasul 1447H

Next Post

‘Lencun’ 8 Jam Demi Luah Cinta Terhadap Gaza

Related Posts