65,062 Orang Terbunuh Di Gaza Sejak Konflik Meletus

GAZA, 18 September – Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan angka korban akibat konflik Israel-Hamas kini meningkat kepada 65,062 orang, manakala 165,697 lagi cedera.

Dalam tempoh 24 jam lalu, hospital di seluruh wilayah berkenaan menerima 98 mangsa korban dan 385 orang cedera, menurut kenyataan pihak berkuasa kesihatan pada Rabu.

Sementara itu, tujuh lagi maut dan 87 lagi cedera ketika mendapatkan bantuan makanan di lokasi pengagihan.

Sejak Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF) yang disokong AS dan Israel mula mengagihkan bantuan pada 27 Mei lalu, seramai 2,504 orang terbunuh dan 18,381 cedera ketika mencari bekalan makanan.

Selain itu, empat lagi kematian akibat kebuluran dan kekurangan zat makanan direkodkan dalam tempoh sama, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat krisis kebuluran mencecah 432 orang, termasuk 146 kanak-kanak. – REUTERS

Sumber: Berita RTM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sedih Lihat Derita Gaza, Tak Sabar Tiba Di Gaza – Peserta GSF Malaysia

Next Post

Inkues Zara Qairina: Isu Gangguan Seksual Cuma Salah Faham – Warden

Related Posts