
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengumumkan penetapan waktu bekerja setiap hari Jumaat sepanjang bulan Ramadan ini bagi penjawat awam negeri ini berakhir pukul 12.30 tengah hari.
Titah baginda, “Inilah saat terbaik untuk kita mendekatkan diri kepada al-Quran, memperbanyakkan tilawah, tadabur dan mengamalkan ajaranNya dalam kehidupan seharian.”
Sumber: Malaysia Gazette
#islamhidupku