Israel Musnahkan Lebih 300 Rumah Di Kawasan Zeitoun, Gaza Dalam 3 Hari

ISTANBUL: Tentera Israel memusnahkan lebih 300 rumah dalam tempoh tiga hari lalu di kawasan kejiranan Zeitoun, tengah Gaza, sebagai sebahagian daripada rancangan pendudukannya yang berterusan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Jurucakap Pertahanan Awam Gaza, Mahmoud Basal pada Rabu berkata serangan besar-besaran itu dilancarkan dengan sengaja menyasarkan kawasan kediaman awam.

Beliau menjelaskan, tentera Israel menumpukan serangan terhadap bangunan setinggi lima tingkat atau lebih, dan penggunaan bahan letupan turut memusnahkan struktur bersebelahan.

Sebahagian rumah dimusnahkan ketika penduduk masih berada di dalamnya, menyebabkan kematian dengan kerja-kerja perobohan dilakukan tanpa sebarang amaran.

Pengeboman yang berterusan turut menghalang pasukan pertahanan awam daripada sampai kepada mangsa yang cedera.
— BERNAMA

Sumber: Astro Awani

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Tiada Nasihat Diberikan Mengenai Proses Bedah Siasat’ – Ibu Zara Qairina

Next Post

Bacaan Rasulullah Ketika Dalam Solat Fardu

Related Posts