WAFIQ Gesa JAKIM Ambil Langkah Tegas Pantau Aktiviti SiS

BANGI, 3 RAMADAN — Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) menggesa pihak berkuasa agama memantau aktiviti Sisters In Islam (SiS).

Presidennya, Prof Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata ini selepas media tempatan masih mengundang aktivis badan bukan kerajaan (NGO) itu sebagai panelis jemputan.

“Patut ditanyakan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM),” katanya kepada TV Pertiwi.

Beliau diminta mengulas poster Astro Awani mengundang Pengurus Penyelidikan SiS Dara Waheeda dan Pengurus Komunikasi SiS Ameena Siddiqi menerusi program di stesen itu.

Dua pengurus SiS itu dipanggil bagi mengupas isu penceraian di kalangan wanita Islam terutama mereka yang tergolong dalam kumpulan berpendapatan rendah.

Rafidah berkata media tempatan tidak wajar memberikan publisiti kepada SiS kerana isu perbincangan menjurus kepada perundangan Islam.

Katanya, tambahan pula isu berkenaan dikupas oleh dua pegawai SiS yang tidak membawa keseimbangan kepada topik perbincangan.

“Tidak wajar [diundang]. Lebih-lebih lagi mereka akan membincangkan undang-undang Islam.

“Forum itu tidak seimbang kerana hanya mengenengahkan satu persatuan wanita yang berhadapan dengan pengisytiharan badan agama sebagai sesat,” katanya.

Kerajaan negeri Selangor pada Julai 2014 mengisytiharkan Forum SiS, individu dan kumpulan yang mengamalkan fahaman liberalisme dan pluralisme sebagai sesat dan menyeleweng.

Fatwa itu mengarahkan mana-mana penerbitan yang mengandungi pandangan liberal dan plural hendaklah diharamkan serta dirampas.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga diminta untuk menapis laman sesawang yang bercanggah dengan ajaran Islam serta hukum syarak.

Usaha SiS untuk membatalkan fatwa itu di peringkat Mahkamah Tinggi ditolak pada Ogos 2019 dan rayuan ke Mahkamah Rayuan juga ditolak pada Mac 2023.

Mahkamah Persekutuan pada Ogos 2023 memberi kebenaran Forum SiS dan pengasas bersamanya, Zainah Mahfoozah Anwar untuk mencabar keputusan Mahkamah Rayuan.- Tv Pertiwi

#islamhidupku

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Puasa Bukan Halangan! Pasukan MALBATT 850-12 Cekal Bertugas Di Lubnan

Next Post

Penggiat Seni Diingatkan Hormati Ramadan, Elak Kontroversi – FINAS

Related Posts