YDP Agong Kurnia 100 Ekor Lembu untuk Ibadah Korban Tahun Ini

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan 100 ekor lembu bagi penyertaan Ibadah Korban bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.

Baginda turut berkenan melafazkan niat korban, yang dipimpin oleh Datuk Munir Md Salleh, Pegawai Agama Istana Negara di Istana Negara hari ini.

Bagi menyempurnakan ibadah berkenaan, Sultan Ibrahim turut berkenan mewakilkan kepada urusetia pelaksana korban Istana Negara untuk melaksanakan ibadah korban bagi pihak Seri Paduka Baginda.

Menerusi hantaran di laman sosial Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, baginda menitahkan supaya daging korban diagihkan kepada kakitangan Istana Negara, golongan asnaf dan B40.

“Semoga ibadah ini diterima Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan Seri Paduka Baginda serta seluruh Keluarga Diraja Johor sentiasa dirahmati, diampuni dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat,” doa Datuk Munir.

Sumber: Malaysia Gazette

#islamhidupku

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Seorang Lagi Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Makkah

Next Post

Kes Covid 19 Mencanak Naik Di Negara Jiran, Waspada Dengan Gejala

Related Posts