Penggiat Seni Diingatkan Hormati Ramadan, Elak Kontroversi – FINAS

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) meminta penggiat industri seni kreatif berbilang bangsa agar menghormati dan memahami antara satu sama lain ketika bekerja sepanjang Ramadan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berharap kelonggaran dapat diberi kepada kru untuk untuk beribadat dengan tidak memberi tugasan melebihi masa bekerja sepanjang Ramadan.

“Syarikat produksi perlu susun jadual dengan lebih fleksibel supaya kru dapat ambil masa berehat dan tidak terbeban dengan tugasan sepanjang Ramadan.

“Kita perlu pastikan pekerja tidak melakukan tugasan melebihi masa dan perkara ini perlu ditekankan di luar Ramadan. Sepatutnya, dalam Ramadan, kita perlu hormati antara satu sama lain.

“Kalau boleh, elak beri tugasan lebih waktu kerja terutama pada waktu siang kerana akan memberi kesan kepada kru,” katanya kepada BH Online.

Selain itu, syarikat produksi digalak memperbanyakkan lokasi ‘indoor’ atau dalam premis bagi memberi lebih keselesaan kepada kru dan pelakon.

Azmir turut menggesa penggiat industri termasuk selebriti agar menghormati Ramadan dengan tidak mencemarinya dengan kontroversi.

“Dengan motivasi yang ada untuk melakukan amal kebaikan dalam Ramadan, diharap kontroversi membabitkan penggiat industri dapat dikurangkan.

“Kita jadikan bulan ini untuk lebih menyantuni dan mengeratkan lagi hubungan sesama rakan. Untuk yang bukan Muslim, kita perlu raikan bersama.

“Kita juga boleh membantu rakan industri yang berdepan kesusahan kerana dalam Ramadan inilah kita boleh mengejar banyak pahala,” katanya.- Berita Harian

#islamhidupku

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

WAFIQ Gesa JAKIM Ambil Langkah Tegas Pantau Aktiviti SiS

Next Post

Semua Agama Perlu Dihormati, Bukan Dijadikan Bahan Senda -JAKIM

Related Posts