Serangan Di Iran: 345 Pelajar dan Guru Terkorban Sejak Februari Lalu

ISTANBUL – Sekurang-kurangnya 345 pelajar dan guru terbunuh dalam serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel ke atas Iran yang bermula pada 28 Februari, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan.

Jumlah itu melibatkan 278 pelajar dan 67 guru, menurut penyiar milik kerajaan, IRIB, yang memetik Kementerian Pendidikan Iran.

Serangan itu turut mengakibatkan 196 pelajar dan 26 kakitangan pendidikan cedera, selain menyebabkan 933 sekolah, 54 kemudahan pentadbiran, 17 pusat kebudayaan, 36 dewan sukan dan lapan kem pelajar rosak atau musnah.

Sejak 28 Februari, lebih 3,300 orang dilaporkan terbunuh dalam serangan udara AS-Israel ke atas Iran.

Teheran kemudian melancarkan serangan balas terhadap Israel, Iraq, Jordan dan beberapa negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS sebelum gencatan senjata selama dua minggu diumumkan pada Selasa.

Delegasi Iran dan AS menamatkan rundingan selama 21 jam di Islamabad, Pakistan, awal Ahad tanpa mencapai sebarang persetujuan.- Bernama

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Arab Saudi Umum Permohonan Elektronik Permit Masuk Mekah Bagi 1447H

Related Posts