
KUALA LUMPUR – Proses pengebumian kesemua jenazah pelajar Universiti Pergurusan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam kemalangan telah selesai berakhir jam 10.39 pagi tadi.
Nahas yang berlaku di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli sekitar 12.30 pagi semalam telah melibatkan kematian 15 individu pelajar UPSI.
UPSI menerusi hantaran di media sosial, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam melancarkan urusan ini.
“Sama-sama kita terus mendoakan agar roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman,” katanya.
Sumber: Malaysia Gazette
#islamhidupku