190,000 Visa Umrah Dikeluarkan Bagi Musim 1447 Hijrah – Arab Saudi

MAKKAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan lebih 190,000 visa umrah dikeluarkan kepada jemaah dari luar negara itu sejak bermulanya musim umrah bagi tahun 1447 Hijrah.

Agensi Berita Saudi (SPA) melaporkan, kementerian berkenaan sebelum ini mengisytihar permulaan rasmi musim umrah pada Selasa, 14 Zulhijah 1446 Hijrah, dengan permohonan visa dibuka melalui platform “Nusuk”.

Langkah itu menandakan fasa baharu dalam usaha mempermudah perkhidmatan ibadah umrah selaras usaha berterusan Arab Saudi bagi meningkatkan pengalaman jemaah di bawah Visi 2030 Arab Saudi.

Menurut kementerian itu lagi, pengeluaran permit umrah bermula pada Rabu, 15 Zulhijah melalui aplikasi “Nusuk”, platform digital bersepadu yang menyediakan perkhidmatan kerajaan kepada jemaah dan pelawat.

Peningkatan awal dalam permohonan visa umrah ini berlaku selepas musim haji yang dianggap sangat berjaya oleh Arab Saudi pada tahun ini.

Dicirikan oleh prosedur yang lebih lancar, prestasi yang dipertingkatkan serta infrastruktur teknikal yang dinaik taraf, sekali gus meningkatkan kecekapan perkhidmatan kepada jemaah haji dan umrah.

Sumber: Buletin Tv3

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Adakah Puasa 10 Muharam Perlu Disertai Dengan Hari Selepasnya?

Next Post

Kelantan-Singapura Jalin Kerjasama Fokus Pembangunan & Hal Ehwal Islam

Related Posts