Pemindahan Rakyat Malaysia Di Iran Bermula 20 Jun – Fahmi

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah mengarahkan rakyat Malaysia termasuk perwakilan, pelajar dan pelancong yang berada di Iran untuk dikeluarkan serta dipindahkan mulai Jumaat ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kerajaan telah mengenal pasti jumlah rakyat Malaysia di negara itu namun jumlah yang mendaftar adalah tidak terlalu besar.

“Menteri Luar (Datuk Seri Mohamad Hasan) telah memberikan makluman kepada Jemaah Menteri hari ini mengenai situasi dan keadaan semasa di Iran.

“Mereka telah diarahkan untuk bergerak keluar dari negara Iran dan segala urusan berkaitan visa juga telah dimuktamadkan dan Insya-Allah mereka dijangka akan memulakan perjalanan keluar dalam tempoh satu hingga dua hari lagi iaitu sekitar 20 Jun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai rancangan pelan pemindahan rakyat Malaysia di Iran susulan perkembangan keselamatan di negara berkenaan.

Semalam, Kementerian Luar menasihatkan semua rakyat Malaysia yang menetap di Iran supaya meninggalkan negara itu serta-merta melalui apa-apa kaedah selamat dan tersedia.

Menurutnya, keadaan di negara itu semakin meruncing dan situasi semasa adalah sangat tidak menentu dan berpotensi menjadi lebih buruk tanpa sebarang amaran awal.

“Kedutaan Besar Malaysia di Tehran ketika ini terus berhubung rapat dengan semua rakyat Malaysia yang berdaftar di Iran. Semua mereka disahkan selamat dan sudah dinasihatkan untuk meninggalkan Iran dengan segera.

“Kedutaan Besar Malaysia di Tehran juga akan terus menyediakan bantuan konsular yang diperlukan bagi memudahkan proses perjalanan mereka dari Tehran,” katanya.

Sumber: Malaysia Gazette

#islamhidupku

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Isteri Pegang Tangan Lepas Ambil Wuduk, Perlu Ulang Semula Atau Tidak?

Next Post

MAIS Agih Fidyah Wang Saku Pelajar Sebanyak Lebih RM4.683 Juta

Related Posts