Pemandu Kren Direman 4 Hari, Tular Hina Islam Di Tiktok

PUTRAJAYA: Seorang pemandu kren direman empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut selepas dipercayai menghina agama Islam menerusi laman TikTok.

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu itu ditahan di Ampang, Selangor semalam sebelum Majistret Mahkamah Putrajaya, Joanne Tan Xin Ying membenarkan permohonan tahana reman dibuat polis.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed, berkata Khamis lalu pihaknya menerima laporan dari seorang Pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendakwa melihat muat naik di TikTok yang menghina Islam.

“Susulan laporan itu, polis menahan suspek semalam,” katanya.

Sebelum itu tular video di Tik Tok menggunakan akaun Lan Kon Sai yang dipercayai menghina Islam, namun kandungan itu sudah diturunkan sejak semalam.

Aidi Sham berkata, saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah dan mempunyai kes lampau membabitkan dadah.

Suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998.- Buletin Tv3

#islamhidupku

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Asrama Perempuan Maahad Tahfiz An Nur, Merbok Terbakar

Next Post

Jangan Abai Tangungjawab Pada Keluarga

Related Posts