
Seorang pelajar lelaki yang dituduh membunuh seorang remaja perempuan di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya, telah diarahkan menjalani rawatan psikiatri oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam. Hakim Adlin Abd. Majid membuat keputusan tersebut selepas mendapati pelajar itu tidak waras ketika kejadian kerana mengalami skizofrenia, selaras dengan Seksyen 84 Kanun Keseksaan. Peguamnya, Kitson Fong, berkata mahkamah mendapati wujudnya ketidakwarasan perubatan sekali gus membuktikan ketidakwarasan perundangan.
Pelajar terbabit dijangka menjalani rawatan di Hospital Bahagia, Ulu Kinta, sebelum keputusan pembebasan ditentukan dengan perkenan Sultan Selangor di bawah Akta Kanak-Kanak 2001. Keluarganya berharap dia dapat terus belajar secara homeschool semasa menerima rawatan kerana dia dijangka menduduki SPM dua tahun lagi.
Kes ini dijalankan secara tertutup, dengan dua saksi pembelaan dipanggil termasuk Pakar Perunding Psikiatri Forensik, Dr. Ian Lloyd Anthony, yang mengesahkan pelajar itu mengalami skizofrenia serius dan agresif sehingga menyangka dia bukan dirinya sendiri serta mendengar suara menyuruhnya membunuh. Terdahulu, pada 13 Ogos lalu, mahkamah memerintahkan pelajar itu membela diri selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes pada akhir kes pendakwaan melibatkan 11 saksi.
.
𝗦𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿:
https://www.utusan.com.my/nasional/mahkamah/2026/09/pelajar-bunuh-rakan-dibebaskan-alami-skizofrenia/
.
𝗦𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿:
https://www.utusan.com.my/nasional/mahkamah/2026/09/pelajar-bunuh-rakan-dibebaskan-alami-skizofrenia/