masjid, surau seliaan jAKIM, JAWI adakan solat hajat buat agong hari ini

PUTRAJAYA: Masjid Negara, Masjid Putra, dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan solat hajat dan doa selamat selepas solat Maghrib bagi mendoakan kesejahteraan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, solat hajat turut diadakan di masjid dan surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Jumaat lalu, Istana Negara memaklumkan Seri Paduka Baginda berangkat ke luar negara untuk menjalani rawatan, ditemani Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman, dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar.

Sumber: Berita Tv3

#islamhidupku

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

jakim nasihat pendakwah bebas supaya tidak kenakan bayaran terlalu tinggi

Next Post

garis panduan penting jaga keharmonian bersama – mufti terengganu

Related Posts