jakim nasihat pendakwah bebas supaya tidak kenakan bayaran terlalu tinggi

LABUAN – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menasihatkan pendakwah bebas supaya tidak mengenakan bayaran yang terlalu tinggi untuk berdakwah, di samping mengingatkan supaya mereka tidak menyamakan status diri dengan selebriti.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, jabatan itu bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan majlis agama negeri bagi memantau dakwaan berhubung pendakwah mengenakan caj tinggi bagi aktiviti mereka.

Beliau menggesa para pendakwah supaya mengenakan bayaran sederhana untuk perkhidmatan mereka bagi menjaga kesucian dakwah dan menegakkan imej positif Islamiah, di samping mengelak daripada timbulnya persepsi tidak baik terhadap mereka yang diamanahkan menyebarkan ajaran agama.

Sumber: Al-Hijrah Online

#islamhidupku

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Wanita palestin hamil 8 bulan maut ditembak oleh tentera israel

Next Post

masjid, surau seliaan jAKIM, JAWI adakan solat hajat buat agong hari ini

Related Posts