Jumlah Kematian Penduduk Di Gaza Mencecah 54,249 Orang

GAZA: Angka kematian di Semenanjung Gaza kini meningkat kepada 54,249 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak Israel melancarkan serangan ketenteraannya pada 7 Okt 2023, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA) yang memetik sumber perubatan pada Rabu.

Jumlah yang cedera pula meningkat kepada 123,492 orang, dengan ribuan lagi masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan, manakala usaha menyelamat terus terjejas teruk akibat pengeboman berterusan.

Dalam tempoh 24 jam yang lalu, seramai 67 lagi dilaporkan terbunuh, termasuk tiga mayat yang ditemukan di bawah runtuhan, manakala 184 orang cedera.

Angka ini tidak termasuk mangsa di Gaza utara, yang masih belum dapat dikenal pasti berikutan akses ke hospital yang mustahil akibat pertempuran sengit.~BERNAMA

Sumber: Astro Awani

#islamhidupku

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bekalan Haiwan Korban Aidiladha Mencukupi – DVS

Next Post

10 Awal Zulhijah: Beruntungnya Kita Boleh Meraih Ganjaran Berganda

Related Posts