MAIWP Terus Bantu Golongan Asnaf, Penerima Luah Rasa Syukur

KUALA LUMPUR – “Berat mata memandang, berat lagi yang memikul’, itu pepatah yang dapat digambarkan situasi Siti Zuhaili Idris, seorang suri rumah kepada dua anak perempuan dengan salah seorangnya menghidap jantung berlubang.

Anak sulungnya, Nur Arissa Sabrina Muhammed Zulkarnain menghidap penyakit itu sejak dalam kandungan tujuh bulan dan memerlukan pemantauan 24 jam.

Nur Arissa yang berusia 5 tahun juga hanya minum susu setiap hari.

Bagaimanapun bantuan setiap bulan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sejak tiga tahun lalu banyak membantu meringankan kos perbelanjaan perubatan anak istimewanya.

“Kos perbelanjaan anak saya lebih kurang RM1,000 sebulan sebab dia perlu minum susu melalui mesin dan dia hanya bergantung pada itu sahaja sebab dia tidak boleh makan macam biasa.

“Dia memerlukan sekurangnya lima tin sebulan dengan RM100 untuk setiap satu tin ditambah kos tiub sahaja RM100 tidak termasuk lampin dan pelbagai lagi alat perubatan lain.

“Bantuan MAIWP secara tunai RM600 dan bantuan susu serta lampin untuk anak saya ini amat membantu sangat ditambah dengan bantuan Baitumal juga meringankan beban kami, alhamdulilah sangat,” katanya ketika ditemui pengamal media.

Mengenai permohonan lampin katanya, MAIWP memudahkan urusan permohonan dan hanya perlu memaklumkan kondisi keadaan anak untuk pemakaian lampin jenis yang bersesuaian.

“Anak saya tidak kisah jenis lampin yang macam mana, kita maklum keadaan dia ini sukar berjalan dan MAIWP bagi pampers pun jenis tape serta ikut saiz, malah turut diberikan seluar sekali, sekurangnya dapat juga (bantuan) daripada tidak dapat apa-apakan,” jelasnya.

Seorang lagi suri rumah, Noorhaini Zainal Abidin yang juga penerima bantuan MAIWP berkata, dia kini perlu memantau anak bongsunya daripada tiga beradik kerana mengalami kecederaan otak selepas kemalangan motosikal pada Jun 2024.

Katanya, dengan bantuan tersebut dia kini boleh menjimatkan kos perbelanjaan perubatan anaknya, Harmie Razali, 21, sebanyak RM2,800 sebulan terutama dari segi pembelian susu dan lampin serta peralatan ubat-ubatan.

“Untuk permohonan bantuan dari MAIWP memang tiada masalah dan kami hanya maklum untuk dapatkan bantuan perubatan kemudian mereka berikan informasi bagi pengesahan segala urusan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan MAIWP kerana dengan bantuan diberikan dapat membantu dari segi kewangan saya, malah sediakan nutrisi yang cukup kepada anak saya menerusi pemberian susu yang cukup sehingga hari ini.

“Kalau susu kita tidak beli dia akan jadi tidak sihat, kita kena beli ikut berapa kuantiti seperti diperlukan dan alhamulilah kini dia dah boleh berjalan sikit berbanding dulu terbaring sahaja,” ujarnya.

Tambahnya lagi, pemberian lampin juga pembekal akan terus hantar ke rumahnya dan alatan perubatan lain turut dihulurkan pihak MAIWP bagi meringankan bebanan kos perbelanjaan.

Sementara itu, Timbalan Pengurus Bahagian Agihan Zakat, Wan Maizatun Wan Hassan berkata, pihaknya kini fokus kepada penerima bantuan perubatan MAIWP dalam meringankan kos kewangan golongan asnaf.

Katanya, sebanyak empat keluarga asnaf di Perumahan Awam Sri Perak, di sini telah disantuni dengan pemberian berbentuk kewangan, sara hidup termasuk kos perubatan ahli keluarga yang sakit demi kelangsungan kehidupan mereka.

“Semua penerima bantuan perubatan secara bulanan ini, mereka akan dinilai setiap tahun oleh pihak MAIWP sama ada masih perlu, layak dibantu ataupun tidak perlu lagi dibantu.

“Selain itu, bekalan lampin jenis tape atau seluar turut dihulurkan bergantung kepada saranan pihak hospital sebab ada antara penerima yang bayinya tidak boleh pakai lampin biasa, hanya pakai jenis tertentu mungkin sebab penyerapan dan material.

“Bukan itu sahaja, ada asnaf yang tidak boleh pakai tape dan ada boleh pakai seluar disebabkan keadaan mereka, kita akan menilai keperluaan itu dari masa ke semasa serta berusaha untuk memenuhi keperluan mereka selagi mana mereka layak,” jelasnya.

Sumber: Malaysia Gazette

#islamhidupku

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Wisma Putra Arah Rakyat Malaysia Tinggalkan Iran Serta-Merta

Next Post

Isteri Pegang Tangan Lepas Ambil Wuduk, Perlu Ulang Semula Atau Tidak?

Related Posts