MAIWP Agih RM1.3 Juta untuk Pelajar Asnaf Sambut Ramadan & Syawal

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengumumkan Bantuan Ramadan dan Aidilfitri berjumlah RM1.305 juta kepada 4,250 pelajar institusi pendidikan di bawahnya, sebagai usaha memastikan kebajikan golongan asnaf terus terbela.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Nai’m Mokhtar, berkata bantuan itu akan dikreditkan terus ke akaun penerima pada 25 Mac 2025, bagi meringankan beban persiapan Aidilfitri.

“Bantuan ini adalah bukti keprihatinan MAIWP dalam memastikan pelajar asnaf dapat menyambut Aidilfitri dengan lebih bermakna,” katanya dalam Program Rahmah Madani: Majlis Iftar Bersama Pelajar di Institut Kemahiran Baitulmal (IKB), di sini.

IKB menerima peruntukan RM90,000 manakala Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) menerima RM270,000, berdasarkan jumlah pelajar yang layak.

Selain itu, MAIWP turut memperuntukkan RM230.63 juta pada tahun 2025 bagi memperkasakan modal insan, termasuk RM131 juta untuk skim bantuan pendidikan, RM17 juta bagi program pembangunan pendidikan, dan RM49 juta bagi membiayai institusi pendidikan di bawahnya.

Langkah itu katanya, selaras dengan Pelan Transformasi Al-Falah yang menekankan pembangunan holistik dalam aspek pendidikan, kemahiran, kebajikan, dan sosioekonomi.

Mohd Nai’m turut menyeru para pelajar memanfaatkan peluang yang diberikan dengan sebaiknya serta menjadikan Ramadan sebagai ruang muhasabah dan pembinaan karakter.- Buletin Tv3

#islamhidupku

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Persoalan Al-Quran Diturunkan Pada Malam Nuzul Al-Quran Atau Malam Lailatulqadar

Next Post

Lembaga Zakat Selangor Tetapkan Sasaran Kutipan Zakat Ramadan RM208 Juta

Related Posts