
SINGAPURA: Seramai 43 jemaah haji Singapura yang sepatutnya pulang ke negara itu pada 24 Jun terkandas di Jeddah, Arab Saudi selepas penerbangan mereka dibatalkan dipercayai akibat konflik ketenteraan Israel-Iran.
Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) yang dipetik akhbar Berita Harian Singapura berkata, difahamkan kesemua jemaah itu dari sebuah agensi pelancongan yang dijadual menaiki penerbangan Scoot pada malam 23 Jun dan tiba di Singapura pada tengah hari 24 Jun.
Akhbar berkenaan telah menghubungi pihak agensi, namun enggan mengulas pada ketika ini.
Seorang jurucakap Scoot memberitahu BH Singapura ia akan mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi.
Tambah akhbar itu, MUIS memaklumkan Pejabat Ehwal Jemaah Singapura (SPAO) dan Persatuan Ejen-Ejen Pelancong Muslim Singapura (AMTAS) sedang memantau keadaan dan bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan bagi menangani isu itu.
Sumber: Buletin Tv3
#islamhidupku